Pengenalan

Sebaik sahaja menerima panggilan telefon, sukarelawan kami terus bergegas ke rumah kebajikan orang tua xiao xin yang terletak di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan untuk menghulurkan bantuan.Rumah Pertubuhan kebajikan orang tua xiao xin ini dihuni oleh orang orang tua berlainan bangsa terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai dan barangan asas keperluan dapur. Sumbangan disampaikan oleh wakil yayasan kami, tuan Sr Khaidir Rasip yang kebetulan tinggal berdekatan.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu mereka menghadapi cabaran sepanjang perintah  kawalan pergerakan.Semoga sumbangan kami kepada mereka dapat diteruskan lagi pada masa masa akan datang.